Friday, March 20, 2009

SESON JAMMERS
Salam......
Aku kembali dengan cerita paling hangat....Semalam cik kiah, aku terngogek kat internet. Surfinglah konon...apa aku dapat. Tu gambar kat atas tue ha!!!! Amboi, Claudia tak sedarlah ko ni memang penyanyi kat sarawak ...Tue ha SESON JAMMERS....amboi ada group lagi mak kiah ooiii.. Aku bukan apa....tengah aku buat ketupat pasal AF nie, ada seoarang informer aku datang dari sarawak. Dia dia kata Claudia nie memang penyanyi pun..siap ada album solo dengan group...Mula aku tak percaya cik kiah oooiiii...lepas tue aku tak puas hatilah sangat. Aku pun cari maklumat kat hujung jari. Memang sah-sah...tue yang aku dapat wei.......lepas tue aku cari lagu dalam Youtube.....
1. Joget Peya - Peya ( Lagu dalam bahasa Bidayuh )
2. Menu-Menu Rindu ( Lagu dalam bahasa Bidayuh ).....
Gempak selebriti gitu.......Patutlah aku dok perasaan kat mana minah nie pernah aku jumpa. Hilang ingatan sejenak aku bila aku kat semenajung nie...Penyanyi kat sarawak si Claudia nie...aku bangga .....Akhirnya ada jugak penyanyi sarawak berani nak melangkah dan melebarkan sayap mereka kat sini....taniah...
Sedap jugak lagu Claudia nie.....suara tetap mantain...dayang....cayook...........nantilah aku cari lagu apa yang claudia nynyi kat Senson Jammers.....sabarlah wei...tangan aku b2 kerat jer.....

Wednesday, March 18, 2009

Cik Temah Pukul Kuali Hitam



Katakan tidak pada asap rokok...ambik ko ubat jejantan ooiii....Tengok gambar kat atas, si bapa sedap hisap rokok, si anak tuang air atas rokok...padan muka ko si bapa ooiii...INGAT MINUMLAH INFAGROW untuk kecergasan otak anak....Anak sekarang nie cik kiah pepandai semua, kalah kita yang bodoh nie cik kiah...

Petang nie aku dok layan cerita jula juli kat TV3....adoi, dah darma Fantasi dah sekrang. Kalo dulu cik kiah, penerbit drama berebut dok bikin drama hantu...ala-ala Pontianak Harum Sundal malam dan waris jadi hantu.....La nie, drama fantasi ....Syok jugak la aku layan. Dah macam sinetron Indonesia lah pulak....Sapa tiru sapa, kita belakang kira. Bukan kerja aku lah cik Bedah ooiii nak kupas isu hangit nie. Karang ada jugak terasa dengan mulut puaka aku nie karang.

Misha omar dah terjun berlakonlah pulak!!! grand betul Misha omar nie, siap prosmosi single baru CINT ADAM DAN HAWA....syok jugak lagu tue cik bedah oooiii....Bila masa pula Puteri Bunian pakai Breclet kat gigi....wah Moden sesangatlah bunian kita na....Tapi aku respec sungguh kat Cek meks kita. Betul-betul kurus minah nie. Bolehlah pas-pas rahsianya...tak makan nasi sebulan...ko nak mampus minah. Aku tak jumpa nasi sehari pun rasa nak meninggal ...inikan sebulan...tak jadilah akulah wei Cik Bedah...ko jer yang kurus....lepas tue ko made over ko punya gigi...dah macam tompel aku tengok....

Cerita punya cerita bedah ooiii... kita sokong pulak kempen dunia...28 Mac nie, kita sokong kempen pemanasan globel oleh WHTO... Kita tutup semua eletrik termasuk lampu. Agak - gaka kita bergelap selama 1 JAM....1 JAM.....dari jam 8.30 sehingga 9.30 Mlm... Jangan lupa sokong Temah oooiii...SOKONGLAH ALAM KITA.....BUMI KITA MAKIN TUA....adeh nak kiamat ke.....Senah, ko laser sesangat mulut puaka ko apa hal. Dah cukup amal ker ko nie !!!!! ....Hampeh punya Senah...Ada jugak menyampuk kat belakang aku nie ha. Berangalah si Senanh nak jadi macam RINI lah pulak...RINI SENTAP....mampus aku tengok Minah Sentap nie...datang pulah Mat Leleh mengembarkan benderanya.....bagus betullah depa dua nie....

Aku nak ceritalah, Sebelum kita bergelap, kita kunci semua pintu. Nanti karang pencuri ambik kesempatan nak masuk rumah.

Cik temah yang ko pukul bontot Kuali berkerak ko apa hal!!! tak ada kerja ker ko tertengah malam tadi Temah oiii...Tiap kali ko bergaduh dengan laki ko, ko pukul kuali kerak ko...Ko tak malu kat kampung seberang ka? Isss macam mana boleh sampai kampung seberang, kampung sebelah pun belum tentu tahu cerita nie. Lainlah kalu ada mami Drag kita yang dok canang cerita satu kampung. Cepat betul line Internet dia. Internet aku pun selalu ada masalah...amboi...Ceq awat nie....

Okay....Aku nak pegi beli barang dengan Cik Kiah, Ko nak ikut tak. Cik Kiah tak habis - habis nak menggatal dengan jurujual yang jual tudung kat Giant....

Okay, aku berambus....

Tuesday, March 17, 2009

Cik Temah


Salam kesemuanya,
Semalam aku dom tengok Dairi Akademi Fantasia semalam, Tue ha...Claudia dapat lagu Ku Mahu+Wanita by Dato CT....chewah bukan main sukalah aku ...yerlah aku minat kedua-dua lagu tue. Tapi aku terpinga-pinga macam beruk yang patah ekor. Cik Temah meraung-raung kat luar lama. Amboi Over ler tue Cik Temah oii... Cik Kiah, ketuk kuali tertengah malam, ko apa hal kiah ooiiii. Ko dah sangap ka!!!. baru julung kali , student AF dapat 2 lagu sekali, kiranya 2 in 1 lah...amboi...tak pernah aku tengok...But ini kan transformasi so...kena terima cik kiah ooiii...Jangan ko dok sanggap sesangat. Karang Aku sumpah ko jadi sesedang...padan muka ko Kiah.
Tapi aku sesuker sesangatlah Claudia dapat lagu tue. Ku Mahu...wanita...sama-sama memperjuangkan HAK WANITA. BERuntung ko dik oiii dapat lagu Dato CT. Bukan mudah nak di bayangi dengan Dato CT. But aku yakin ko mampu buat...AFUNDI CLAUDIA.....dan hantarkan ke 32999...Ambik ko Minah...Ko pegi mampus dengan Sidi kepala hotak lutut...meleleh jer lelebih...aku pun ada anak oii....taklah aku meleleh sesangat....
Bila masa aku ada anak...Lantak ko Kiah oooiiii. Aku peduli hapa....
Tapi aku punya sakit hati sesangatlah bila Dak Hafiz bawa Sidi meleleh...entah hapa-hapa. Kalau aku, aku bawalah orang lain...Aril ker...Akim ker....Yazid ker....ke spa pulak. Minah ooii...ko jelous ka orang seponser pegi spa.
ok...aku nak tolong cik Temah uli tepung....nanti sat aku datang balik...

Sunday, March 15, 2009








Salam semua....
Macam mana Cik Kiah...ko puas hati dengan Konsert pertama AF 7...Wah, aku tengok format pentas gempak sesangat...verangan betullah aku nak nyanyi kat atas pentas macam tue. Nampak gayanya berlaku perubahan yang mendadak dari segi pentas. Tak besar sangat. Apa yang penting cik kiah, ha!! ko boleh groder berkubang tepi kiri kanan. Ko nak menari ka, menjerit ka...Wha macam konsert kat grammy awards gitu...beranganlah Cik Bedah kita..
Aku cam biasa, aku dah upload gambar student kegemaran aku...hahahahahahaha..... Semalam 3 orang stuident nie mencuri perhatian aku...Vokal...memang luar biasa....boleh buat album cik Temah ooiii...Oii Cik temah , ko hari nie tak jual Karipap ker ? Aishah, cute nyer ko dik ooiiiii...Gigi lapis lagi aku tengok...Nasib baik ko tak melatah macam aku nie ha...kalau ko melatah kat atas pentas dik ooiii....hancur...Dengan mic ko kat tangan ko sumbat kat mulut penonton yang syok sendiri depan ko...ambik ko Aishah...Aduh Claudia, tak sia-sia aku dok usha ko minggu pertama. Bukan apa, ko nyanyi meleleh aku dengar. Dato Kahtijah kata, Suara orang sarawakian memang macam tue dia agak hall...bukan semua penyanyi dapat suara macam tue...ambik ko claudia....Tapi, satu ler claudia, sekali ko nak high note, ler, aku dengar Dayang....lantak ko lah Claudia, janji aku minat kat engko...ada aku kisah...( aku pinjam kat mak hayam gebus kata macam tue...tapi apa yang paling penting, ko tetap terhangat kat malaysia...Cak-cak 2009 ko, terburai aku perut aku tergelak. ). Prepaid aku nak bayar vote ko....Orang kata, biarlah cik Kiah...Cik temah ko jangan hanzab sesangatlah pulak meraung tak tentu pasal kat sini. Aku taulah pengkritik dok hentam Rubisha ko...relakslah Cik temah oooiii....baru konsert pertama....
Hafiz,,,ko dik, meletup ko yer. Ko cakap depan kemera, pelat sarawak kelat lagi. Bila ko nyanyi jer...semua orang suka kat engko. Walaupun rambut afro ko menusuk mata aku, tapi gagah jugak dengar ko nyanyi dik, taniah, ko mencuri perhatian aku semalam....
Pak leman, ko tak bergaduh dengan makcik leman semalam ka ??? Amboi, aku dengar, ko laki bini gaduh semalam. Sampai Kuali ko baling keluar Pak Leman. Seorang nak tengok bola, seorang nak tengok AF...Yang Mak Leman ini pun satu hal, ko datanglah rumah aku Ha!! tak payah nak gaduh-gaduh berebut TV.
Okay aku nak berambus dulu. Kalo ko orang ada cerita pas pas kat la!! cerita pasal AF, janganlah cerita pasal cerita panas gosip artis semalaylah pulak. Bukan apa, aku bagi benda nie kat Mak hayam gebus Kita.Bukan apa, dialah yang paling pakar. Aku kalau bab lain aku boleh runding....
Apa...ko kata aku Minah Roggeng...sedap mulut ko Cik Temah oooiii. Kalau bukan Minah Roggeng nie, tak sapa nak uli tepung ko nak buat karipap. Senang ka nak uli pakai tangan aku yang halus nie. Sebab hari-hari aku uli tepung ko, kulit tangan aku sampai naik gertu tau!!!Hangsuang betul Cik Kiah ini. Baru sekarang ko sms aku nak pinjam belacan. Rumah ko tak ada belacan ka!!..nanti aku hantarkan....
Aku nak promosi sikit...Layarilah http://thecupcakeshow.blogspot. Tue member aku punya blog. Dia ada jual cup cakas. Sapa-sapa nak tempah ko tengoklah dulu blog tue, cantik ker tidak. lepas tue, ko hantar e-mail kat aku. nanti karang aku bagi nombor telefon Miss Fifi kita.
Ini dia alamat email aku. www.MoNoSly@yahoo.com.
Aku cau dulu....bye

Saturday, March 14, 2009

Deman Akademi Fantasia


Nama Penuh: Claudia Fay Geres
Umur: 24
Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 5 Nov 1985
Status: Berkahwin
Bangsa: Bidayuh
Agama: Kristian
Profession: Pelukis Pelan
Salam Student...
Chewah, aku dah nak ikut aku punya Licutre aku bagi salam dalam class.....
Hari Cik Kiah Mengigil pasal Rubisha nyanyi lagu MATAHARIKU....
Tapi aku dah siap-siap upload gamabr Claudia...Nak promosilah sikit...AFUNDI CLAUDIA dan hatarkan ke 32999. Jangan lupa vote tau...
Dari minggu pertama nie, aku macam senang jer tengok si Claudia nie. Aku pun tak tau. Mata kau nie ha terus tengkap Claudia. Bila dia nyanyi jer, aku terus terpikat. Yerlah Cik Kiah, orang kata macam Dayang...ramailah yang kutuk...out dayang AFlah...no more dayanglah...macam - macam aku dengar cik kiah. Tapi aku tak kisah, sebab aku tengah fight dengan cik temah pasal dengan vote. Tak pasal-pasalah karipap Cik Bedah hangus...hangsuang betul Cik Bedah. Sampai mamat yang cute tue Cik Bedah sumbat dengan karipap dia gara-gara mamat tue kata, Si Zizi kuar minggu pertama. Tak pasal ko masuk ICU gara-gara kena sumbat dengan Cik Bedah. Hangin betul Cik bedah.....
Aku cam biasalah, aku ikuti perkembangan Claudia kat Dairi Akademi Fantasia. Cik Kiah, ko nak dengar cerita tak. Ko mehlah sini kejab, aku nak cerita. Hangat !!! Ko tahu laki si Claudia tinggalkan anak dan Claudia. Hangsuang betul jantan macam nie. Ko tak percaya ke Cik Kiah. Aku dapat cerita nie dari sumber yang aku boleh percaya. Aku baru jer balik baca blog dia. Bukan Si azwan Mak hayam gabus tau...Akak tabik spring kat akak mak hayam gabus kita nie. Suku juta pembaca blog ko..Ko pakai menderam apa sampai blog ko laku sesangat.
Claudia tak boleh terima laki dia tapi mengenangkan anak dia Christian, terpaksa dua tunggu macam bulan zuhal tak jatuh kat bumi tunggu laki dia. hangsung betul. mesti laki dia dok tengok af sekarang. Lepas tue terhenget-henget cari Caludia, nak kembali...meleleh lagi aku....kalau aku cik Kiah, dah lama flying kick jantan macam tue. Lepas tue aku potong anu dia bagi hanjing makan. Puas hati aku...Kejamlah aku cik kiah ooiiiii....
Cik bedah dan Cik Temah dah berkubang depan TV tue ha nak tengok Konsert pertama AF. Ambi, siap bawa bekal lagi. Cik Kiah, laki ko tak marah ker ko datang umah aku ha!!! karang ko tidur kat luar pulak.
Cik bedah dengan Cik Temah dah buat perjanjian dengan laki depa. Malam nie ada main bola Man U lawan Liverpool...Betul ker Cik kiah ooii ejaan aku nie. laki depa tengok bola, bini depa pakat datang ke umah aku nie ha nak tengok AF..
Anda bagaimana? Satu Transformasi akan berlaku...vchewah....Transformasi sesangatlah aku nie ha!!
Aku tak kisah Transformasi atau tak, yang penting AF....Kalau bab AF nie akulah yang pakar....Siap aku buat sejarah AF lagi ha...Nanti aku siarkan Kronologi AF kat hangpa semua na!! tinggal 15 minit lagi konsert nak start. Cik bedah dan Cik temah dah memekak kat TV nie ha. Lantak korang lah. Aku nak potong ayam aku kejab. Malam nie aku buat nasi ayam stail Taiwan. Kalu koorang nak, mehlah datang sinie.
Okay bye.....

Selamat datang

Selamat datang ke Dunia aku yang ketiga...Che wah...dunia ketiga. Yerlah Kak Kiah oii...Aku nie ada blog lain...tapi aku buat satu blog yang aku nak melalut. Blog yang satu aku banyak cerita pasal aktiviti kehidupan aku. jadi dirasakan sesuailah sesangat kalau aku nak buat satu lagi blog yang baru tempat aku merapu-rapu. Tapi kak kiah, janganlah tersalah anggaplah pulak. Walau aku gelar blog aku nie merapu, tapi isinya tak merapulah.
Sapa-sapa yang rajin sesangat melayarkan bahteranya ke Alam Cyber nie, jangalah lupa singgahlah dulu ke rumah aku nie. Manalah tau, ada cerita menarik yang aku nak sampaikan pada kamu semua.
MoNoSly...Ada ker nama macam tue Cik Kiah oii...Ler adalah..Aku pun tak tau nak bubuh nama apa yang sesuai nak letak nama baru blog baru nie. Yerlah, aku taip macam nie, ada orang lainlah pulak pakai. Hampeh...terlintaslah kat kepala hotak aku nie..MoNoSly. Sesuai ker ? Memang sesuai sesangatlah Kak Kiah oii....Itu jer yang mampu aku ingat Cik Kiah oii...yerlah aku nie takat darjah 6 jer...( Chewah...zombi Daun Pisang katakan..)
Aku kat sini, tak beranilah nak melaserkan mulut puaka aku Cik Kiah ooiii pasal dunia politik...takutlah aku nak sebut pasal politik. Tak pasal aku kena heret dengan abang-abang polis...Terus ISA....terus tekanan...Tak sangguplah akulah wei....
Okay, takat ni Mutiara Kata aku cik Kiah....Cik temah dah panggil ajak aku goreng karipaplah pulak...Laku pulak karipap hangus dia....Hangsuang kak Temah, aku penat menguli tepung, ko bagi aku sehinggit jer buat upah uli...kepala hotak betul Kak Temah nie. Tak apalah pasal Karipap Kak Temah, aku sanggup bermandikan tepung putih....
Salammmmmmmmm......
P/S : Aku terlupalah pulak pasal Mak Bedah yang suruh aku beli ikan bilis nak buat sambal ikan bilis...Padan muka...