Wednesday, April 22, 2009


Untukmu .... Kini...

Salam semua....
Semua akan tanya kenapalah aku nie meroyan sesangat tertiba aku bubuh gambar Kumpulan Feminin...Cik Kiah Oiii...Engko tak tau, zaman aku bebudak sekolah dulu, aku minat tertiarap kat jalan minat kat Feminin...Mula-mula aku dengar lagu Untukmu...terus aku tangkap cintan dengan team Feminin nie tau.....kalu aku tak lupa, aku kat tingkatan dua masa tue !!! Ha !!! ambik ko senah oii...aku bebudak lagi time tue....
Kembali
Jika hanya daku terdaya
Memutar kembali masa
Saat gemilang cinta
Bahgia berdua
Kini tak lagi seiringan
Salah kata salah tafsiran
Mungkin jua salahku
Segala terjadi
Tiadakah peluang lagi
Kau membuka pintu hati
Ku berjanji takkan ku ulangi
Yang lalu yang lalu
Janganlah membisu
Siang malam ku merindu
Segeralah kembali
Kepadaku padaku
Malam terus berganti hari
Masa beredar tanpa ku sedar
Aku masih setia
Menanti cintamu
Biar sehingga akhir waktu
Biar pedihnya ku menunggu
Hanya dirimu saja
Yang amat ku cinta
Bila minggu ke tujuh nie bebudak AF nyanyi lagu Feminin - Untukmu sebagai lagu bonus, aku apalah Cik Kiah oii...Aku pun terkinja -kinja suker hatinya aku. Yerlah aku terkenangkan zaman bebudak aku dulu... Lagu kat atas tue, KEMBALI...Aku harap sangatlah kumpulan Feminin dapat kembali ke pentas hiburan...feminin lagi ker kalau dah jadi mak budak semua dah!!! ( Hehehehehehe...cros the finger ya!! )... Aku pun dah beli album The Best Of Feminin tahun lepas. kebetulan aku terjumpa album tue. Tengah aku menerawang windows Shoping ...aku masuk ke Kedai CD...mata aku terpandang sesuatu yang menarik...terus aku grap...Ya...The Best of feminin....Apa lagi, aku tak guna otak aku berjambul nie, terus aku beli. Sales girl tue kata, album baru kuar...hebatnya aku....Akulah orang pertama yang beli album The best feminin kat kedai tue...Sale girl tue tanya, kenal ker kumpulan nie...Engko tue bebudak lagi. Aku dah tahu feminin nie zaman berbudak aku dulu...Kasihan kat depa....
kegemilangan Feminin yang memuncak tertiba mereka berpecah. Setelah 9 tahun mereka berpecah, mereka kembali dengan album comeback mereka 2007 hari tue....Apalah aku sebap sangat baru nak cerita sekarang....
Dulu aku ingat lagi, masa budak dulu. Sanggup aku kumpul duit nak beli album feminin tiap kali mereka keluar album baru. Sampai sekarang aku simpan. Tapi, tak boleh nak dengar lagi. Mana ada orang pakai Kaset ...Org sekarang pakai, cd, dvd, mp3....Jadi aku simpan buat koleksi kenagan aku...Tak akan ku jual koleksi aku....
Aku minta sangat kalau feminin dapat muncul dalam AF nanti kat konsert ker ?
Tiap kali aku dengar lagu-lagu Feminin rasanya nak menangis jer. Bukan apa, ada sentimental value dengan mereka. Sekarang nie tak ada Girl band lagi. Ada ado, semua hancus, satu pun tak bole pakai. Lama-lama pecah...apalah nasib.
Orang masih cari lagi Feminin...satu-satunya kumpulan wanita pertama dalam band yang mengegarkan arena industri muzik...sampai jadi ikon feksyen dan ikon remaja...That go for also KRU, 4U2C, Nico, ...bestnya mereka....
Aku aku berambus.....

Sunday, April 19, 2009

cak cak....salam ....
Aku dah terkinja-kinja macam beruk dah nie...berperang besar aku dengan Cik temah...hangsuang betul ko Cik temah oiii...dahlah aku tak puas hati dengan dak bodoh tue.
Aku punya pulun tengok AF minggu ke enam, sekali aku tengok rambut Claudia...isssskkkk, rasa aku nak gunting jer rambut tue. Ada ker patut ko "hodohkan" claudia dengan rambut macam tue. Dah lah kumpulan Kristal aku semak biji mata aku tengok minah-minah rock terkinja-kinja dengan rambut mereka.......hodoh....aku tak puas hati betu. main sedap mulut ko cik temah oii ko mengata claudia aku. Betul kata Miss Edry kita....Visual tak berapa nak elok....kekalkan imej minggu lepas....Hamparak punya syatils AF...main suka hentam keromok jer nak dandan rambut macam tue....
Si Hafis dengan cekak rambut...Si Yazid pakai samping kat dahi...apa punya styal pun aku tak masuk....
Nasib baiklah Aishah potong rambut dia...tapi perfer rambut panjang dia......Aku mintalah minggu depan Claudia keluar dengan rambut macam minggu nie....Iss...kalau aku jumpa stylist AF memang aku sumpah dengan mulut puaka aku nie...
mentang - mentang Hafiz dan Dan Claudia dapat lagu orang tak suka, main belasah jer styalist mereka. Korean men 1st and 2nd tue, bukan main ko nak dandan. nampak sesangat nak pilih bulu. Dahlah lagu sedap dapat kat dua beruk tak sedar diri. Harap jer muka lebih, nyanyi...hampeh, baik aku layan Dato Siti Nurhaliza nyanyi...lagi berfaedah nak dengan 2 beruk korean.....Nubahan konon...konon....Nubahan kuar juga suara angsa dia...wakakakakakakakaka....
Okay Cik temah aku tulis benda nie sebab aku marah kat ko...Biarlah aku kutuk 2 beruk koren ko tue. Yang panting aku masih ada Claudia, Isma, Aishah, dan hafiz....Go Final stage...ko tak puas hati dengan aku....ko tepon dengan aku sekarang......Aku berambus.....Claudia..This week good job...cuma rambut.....

Friday, April 10, 2009


Kau Muzik Di Hatiku.....



Salam....



So cik Kiah oiii.....Cepatlah ko afundi sebelum terlambat. Aku nie tengah tergetar-getar tangan nie Ha!!!! bertambah-tambah risaulah aku...saat konsert nie aku suka, bila nak abis, penyingkiran nie, afdoi...cik temah, ko jangan nak buat lawak dengan aku...aku lekuku kepala hotak ko yang berjambul tue karang....Ko ingat sesuka jer ko kata Claudia Out!!!! No...Claudia masih IN lagi.....aku pasti Claudia masih bertahan sehingga ke final...InsyaAllah....Okay aku nak berambus dulu..Ingat AFUNDI CLAUDIA dan hantarkan ke 32999. Ingat!!!!!

Thursday, April 9, 2009




Cinta Fantasia...Kau Muzik Di Hatiku..




Salam semua...Wah-wah engkau cik kiah , terlompat-lompatlah engko suka. Ko patang tengok orang cemburu mula ko nak bermami jarum dengan aku. Cik Temah oii...ko buat apa, takkan ko nak meraung lagi kot bila Rubisha kuar.




Aku nak cover satu story kat hangpa semua tau. Bagus punya port tau tak. Hari Isnin hari tue, aku mula tengok dairy AF...bukan apa nak personel si claudia gamaknya. Tapi mata aku terpandang satu yang blur...Terhidulah pulak. Takkan betul story aku kot. Pandai Ko AKIM dan AISHAH nak makan mee cinta dalam prisa Fantasia. Aku tarik lagi. Lensa gambar tak habis-habis dok keneng-keneng kat Akim dan Fantasia. Aku tahan lagi. Hari Selasa aku layan lagi Dairy. Memang sah Cik Temah oii. Drama swasta sebabak...CINTA FANTASIA dah mula. Engko@!!!!! Kalau dulu Nana dengan Bakar...Putus tengah jalan...Rosma dan Khai...Dah kahwin mereka dua ha!!!!!!....Farah dan Adam...entah , Cerita tiada kesudahan....Mila dan Ebi...keluar jer terus buat perang dunia kesepuluh. Sekarang giliran Akim dan Aishah....Hahahahahahahah




Aku buat cover story. Ko ingat tak hujung - hujung Dairy, masa Akim dan Farah nyanyi. mak oiiii...ko Aishah tak berkelip mata ko...nak menangis...Ko cemburu ke aishah oiiii..... Akim manja-manja pulak dengan Senior Farah !!!!! Ha Drama telah bermula.... Ingat ko layan Dairu AF malam nanti...Aishah nak buat pengakuan berani mati....( PBM )...ingat pak dollah boleh buat pengakuan berani mati......!!@@@@@




Kau Muzik Di HatiKu...itulah lagu claudia nyanyi. Aku buat promosi lelebih pasal Claudia, sampai mamat senget punya kredit aku balun...hahahahaha jahat betul aku nak AFUNDI CLAUDIA...edan hantarkan ke 32999. Hahahaha aku promosi sikit.




Ada satu cerita temah oii. Ko jangan gelaklah pulak. Aku masuklah ke www.astro.com.my/akademifantasia7 . lepas tue ada satu umat marah bebenor kat aku. Dia cakap aku tak reti cakap orang putih. Main sesuker jer kiah oiiii...bernanah mulut aku berpuaka dok kutuk umat nie. Ada aku kisah ( tagline bapa ayam gabus..) . Aku nie tak nak tunjuk teror sesangat kat orang. Dia sendiri pun tak betul penggunaan grammer pun, kata dia betul!!!!!! macam ketam ajar anaknya berjalan lurus...Aku malas nak layan umat hingusan macam tue. Aku tau, umat tue bebudak lagi. Tak ada yang tua-tua nak layan portal astro. Aku yang tua tak sedar diri nie masih nak layan portal...bukan apa, nak tahu blog Claudia...yang lain aku tak masuk sesangatlah bedah oiiiiii....


Okay aku nak berambus...

Tuesday, April 7, 2009

Salam....
Alamak Cik Kiah, lama betul aku tak masuk blog aku nie ha!!! bukan kemana pun Cik Temah ooiii...Aku nak final Exam nie ha...berserabut kepala hotak aku nie ha!!...Sambil-sambil aku menyerabutkan kepala hotak aku nie, sempatlah gamaknya aku nie layan AF.....
Dari minggu pertama sampailah ke Minggu Keempat, macam-macam drama yang kita dok tengok. Aku bukan jenis layan dairinya. Kalau aku layan dairi, mampuslah mulut aku bernanah nak dok maki pelajar AF...jadi sebab aku nie pengundi berhantu...jadi lebih biasakan diri aku tengok konsert jer...Wah !@!!! keluar pengundi berhantu segala...Macam mana dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan Batang Ai...aku pun tak tau sapalah menang. Kalau menang pun tak kemaruk aku nak buat cover story...Aku tak berminat...
Okay balik semula kita ke AF. Aku mula nak meremukkan hotak aku berjambul nak berfikir. Aku boleh jadi lidah kelu tak terkata bila Rubisha dan Zizi kuar. Meraung Cuik Kiah dan Cik Temah yang berhempas pulas vote mereka dua nie. Kasihan...Aku pun tak tau bagaimana permainaan AF nie karang....
Minggu pertama - Tiada Penyingkiran
Minggu Kedua - Adlin ( kasihan tak sempat mak promote diri )
Minggu Ketiga - Obri dan Rini
Minggu keempat - Rubisha dan Zizi ( Dua - dua dari sabah out !!!! )
Tak ke mampus nak pikir pasal apa zizi dan rubisha boleh kuar. Aku tengoklah anak kesayangan tenaga AF nie kan...3 sekawan..siap lagi Cikgu fatimah buat pertahanan dari belakang...Menari jer lebih, tapi nyanyi alamak mampus. Nasib baiklah Dato CT tak menangis bila dia nyanyi. mesti dalam hati Dato CT kata...aduh, hancus lagu aku budak capang nie bawak!!!.
Tambah lagi budak leleh. Tak senonoh. Budak tue bilalah nak kuar. Yang bagus kuar, tapi yang kurang bagus tak kuar.
Tapi, aku masih nak cakap pasal cat fighting antara Hafiz dan Akim. Akim harus terima kenyataan yang hafiz nie lebih jauh baik dari dia. Iyalah, kalau dah anak bongsu AF nie meronta-ronta minta susu...nampak sangat masih under age punya perangai...Kalau engko akim kena dengan aku. memang aku tangan-tangan dah budak nie. Inilah anak bongsu sejati dalam keluarga, tapi taklah aku nie perangai tak senonoh dengki kat orang. bernanah lagi mulut aku bil bercakap.... Overlah aku nie. Tapi masa Akim diumumkan sebagai pelajar cemerlang, layak ker ? Itulah persoalannya!!! Layak ker...Nyanyi pun, adoi, macam bapuk...Elok lagi Queen Vavian dari Papar doll buat show...sebiji macam kak nita kita.....Hafiz lebih baik kot...nak buat macam maner, Orang nak bagi anak bongsu kesayangan tenaga pelajar...
Tapi aku memang respect betul kat Claudia, Aishah dan Isma. Mereka betul ada semangat nak fighting nak maju. Tiap minggu, persembahan mereka tidak mengecawakan.
Tapi Kusiah dan Bro badrul suka kat Claudia, Aishah dan Isma...sempat lagi aku baca bolg murai dengan bolg bri Badrul.....Tapi aku kasihan tengok claudia, dah keseorangan. Okaylah tue claudia. Ko tuimpukan perhatian ko pada pembelajaran ko. Bertakuk-takuk orang marah kat engok pasal ko rapat dengan Zizi dan Rubisha. Tak Caludia, aku tetap vote ko walau macam mana pun....
Okay minggu nie, minggu duet,,,,Sudah semestinya pelajar kesayangan aku Claudia, dapat lagu KAU MUZIK DI HATIKU...lagu tue dari High Scholl Muzical 2....Lirik asalnya YOU ARE THE MUSIC IN ME....Kiranya lagu saduran...aku minat lagu tue sebab aku tengok cerita High School Musical 2....hehehehe...Start minggu nie aku nak tengok dairi. Aku nak tengok perkembangan Claudia in person. Aku tengok, dia dah mula fokus sebab dah tak ada rubisha dan zizi...You go girl.........muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Aku chow dulu...